
29 Feburuari 2016, Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong.Sejak beberapa hari yang lalu, petugas Pusat Internet 1Malaysia agak sibuk dalam membuat promosi portal dashboard.pi1m.my di mana di dalamnya terdapat segmen Myshop yang memerihalkan tentang promosi perniagaan dan keusahawanan yang di tawarkan kepada usahawan setempat untuk di raih.
Bagi membuka minat kepada usahawan yang lain, kami telah pilih secara rawak beberapa produk yang kami fikir boleh menarik minat pembeli di luar sana untuk membeli produk yang di hasilkan sendiri di dalam Felda Bukit Puchong ini.

Produk-produk tersebut adalah seperti Kuih Koci Pulut Hitam yang di hasilkan sendiri oleh Puan Noryuhana Binti Suboh, Kerisik Opah oleh Puan Intan/Noorraida Binti Ahmad Tajudin, Sambal Bilis Goreng oleh Puan Roslina Binti Ali dan Madu Kelulut oleh pihak pengurusan Masjid Insaniah Felda Bukit Puchong.
Bagi meluaskan lagi promosi Myshop ini, pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong turut mewar-warkan promosi ini di dalam rangkaian facebook Pusat Internet 1Malaysia kami dan kami akan memastikan tiada usahawan dari Felda Bukit Puchong tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian.

Kelebihan yang kami nampak pada Myshop ini berbanding portal e-dagang yang lain ialah kami lihat tiada ruang bagi kes penipuan jualbeli produk atas talian kerana setiap penjual kebanyakkannya terdiri daripada ahli Pusat Internet 1Malaysia itu sendiri dan petugas amat mengenali usahawan-usahawan tersebut.
Selain daripada itu, dengan adanya segmen Myshop ini dapatlah kiranya orang ramai di luar sana mengenali dengan lebih dekat lagi produk yang di hasilkan sendiri oleh usahawan setempat.