Pada tarikh 29 Mac 2016 yang lalu, Felda Bukit Puchong telah berjaya mengatasi 37 buah Felda yang bertanding dalam Anugerah Kebersihan Dan Keceriaan Felda atau AKKF bagi Wilayah Mempaga seterusnya akan menjadi wakil kepada Wilayah Mempaga dan bertanding di peringkat akhir berdepan dengan 11 Wilayah Felda sedia ada di seluruh Malaysia bagi merangkul hadiah sebanyak 1 juta ringgit.
Di maklumkan bahawa Anugerah Kebersihan Dan Keceriaan Felda atau AKKF ini akan di umumkan di Wilayah Felda Negeri Johor (masih tidak di maklumkan tempatnya) pada bulan Mei 2016 nanti dan hadiahnya akan di sampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Najib Bin Tun Razak.
Berkaitan dengan hal ehwal penjurian pula, kebanyakkan juri bagi memilih wakil Wilayah Mempaga ini di datangkan dari seluruh pelusuk Felda di seluruh negara bagi mengelakkan berlakunya penilaian atau penjurian yang tidak adil dan kebanyakkan mereka tertarik dengan kebersihan dan keceriaan Felda Bukit Puchong ini.
Maka tidak hairanlah mengapa Felda Bukit Puchong terpilih untuk mewakili Felda Wilayah Mempaga dari 37 buah Felda yang turut bertanding.
Walaupun banyak pujian dan komentar yang baik di hamburkan oleh pihak juri, terdapat 3 komentar yang perlu pihak Pengurusan Felda dan pihak Jawatankuasa, Keselamatan dan Kebersihan atau JKKK Felda Bukit Puchong perlu atasi sebelum memasuki fasa pertandingan akhir pada bulan Mei 2016 kelak di mana pertamanya, sistem peparitan perlu di baiki segera bagi mengelakan air bertakung, keduanya ialah sisa binaan rumah peneroka perlulah di lupuskan (tidak di biarkan begitu sahaja) dan terakhirnya iaitu masalah rumah tinggal atau rumah kosong perlulah di jaga atau tanah tersebut perlu di usahakan supaya tidak di tumbuhi oleh rumput dan lalang.
Ini merupakan momem yang sangat manis bagi seluruh penduduk Felda Bukit Puchong untuk di kenang dan ucapan terima kasih juga haruslah di beri kepada seluruh warga Felda Bukit Puchong kerana sanggup memberi 100 peratus komitmen dan berhempas pulas dalam menceriakan seluruh kawasan penempatan.