
Terlebih dahulu, kami para petugas Pusat Internet Felda Bukit Puchong ingin memohon maaf di atas kelewatan menganjurkan program Hari Terbuka Dashboard Komuniti bagi November 2017.
Program ini di jadualkan berlangsung pada tarikh 18 November 2017 yang lalu terpaksa di tunda pada 25 November 2017 di atas berlakunya pertindihan program pada tarikh yang sama berlangsung di Pusat Internet Durian Tawar Dan Felda Mayam.
Di sebabkan kekurangan petugas terutama dari pasukan petugas PI Kluster Bera, kami terpaksa memilih tarikh 25 November 2017 sebagai ganti.
Di kesempatan ini, pihak petugas Pusat Internet Felda Bukit Puchong dengan rendah hati menjemput semua ahli komuniti dan penduduk Felda Bukit Puchong dan felda-felda sekitarnya untuk memeriahkan program tersebut.
Istimewanya program Hari Terbuka Dashboard Komuniti bagi November 2017 ini, pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong telah menyediakah pelbagai hadiah istimewa untuk pengunjung yang bertuah.



Jumpa kami pada tarikh tersebut dan sebelum terlupa, program Hari Terbuka Dashboard Komuniti ini turut menyediakan platform kepada usahawan atas talian yang berminat menceburi perniagaan atas talian.