
TARIKH : 19 MEI 2018
MASA : 10.00 – 12.00 TENGAHARI
LOKASI : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA BUKIT PUCHONG
PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH
PROGRAM : KELAS ASAS LATIHAN KOMPUTER DAN INTERNET
TUJUAN
Tujuan program ini di adakan adalah untuk melatih adik-adik ini atau pelajar sekolah rendah ini dengan kemahiran asas komputer terutama dalam aplikasi MS-Word serta mengasah kemahiran dalam menaip laju.
Sedia maklum, kebanyakkan kerja kursus yang di berikan oleh guru-guru di sekolah kepada para pelajar ini adalah dalam format komputer dan justeru itu pihak kami menyediakan latihan asas komputer untuk mereka kuasai secara tidak langsung.
AKTIVITI
Modul yang pihak kami gunakan untuk di ajar adalah dari aplikasi MS-Word.Modul ini boleh di katakan sangat mudah untuk di kuasai oleh para pelajar tersebut kerana mereka sudah mahir dengan huruf dan simbol di papan kekunci maka tidak hairanlah mereka mampu menyiapkan sepucuk surat rasmi dalam masa 30 minit.
FOTO

