MAJLIS SAMBUTAN PROGRAM JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

Jadual Latihan & Aktiviti | 25 April 2019

000membaca6

MAJLIS SAMBUTAN PROGRAM JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

TARIKH : 23 APRIL 2019

MASA : 09.00 – 01.00 PETANG

LOKASI : SEKOLAH KEBANGSAAN SRI BUNTAR TRIANG

PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PROGRAM : MAJLIS SAMBUTAN PROGRAM JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

TUJUAN    

Program “Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit”, ialah program utama di bawah kendalian Perpustakaan Desa Taman Sri Buntar dengan motto “Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya”.

Perpustakaan Desa Taman Sri Buntar telah memberi kesempatan kepada pihak Pusat Internet Kluster Daerah Bera untuk menyertai program yang mereka adakan sebagai timbal balik di mana pihak Perpustakaan Desa Taman Sri Buntar sering menyertai program yang di adakan oleh pihak Pusat Internet Kluster Daerah Bera.

Selain daripada itu, pihak Pusat Internet Kluster Daerah Bera melihat betapa pentingnya memupuk minat suka membaca di kalangan masyarakat seluruh negara khususnya kepada adik-adik yang sedang bersekolah.

Seterusnya menggerakkan secara kolektif usaha tersebut keseluruh negara untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan dalam kehidupan harian.

AKTIVITI

Sebelum memulakan aktiviti dan program tersebut, adik-adik yang bersekolah ini mestilah mendaftarkan nama untuk mendapatkan buku atau majalah yang mereka gemari.

Selain daripada acara kemuncak iaitu “Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit”, terdapat acara seperti Pertandingan Mewarna bagi pelajar Pra Sekolah, Pertandingan Melukis untuk pelajar Tahun 1 dan Slot dan sesi bersama Pusat Internet Kluster Bera bagi pelajar Tahun 2.

Untuk memeriahkan acara dan program tersebut, pihak Pusat Internet Kluster Bera turut menyediakan hadiah dan cenderahati bagi adik-adik yang telah berjaya dalam pertandingan tersebut.

FOTO

000membaca2

000membaca3

000membaca5