mcmc
Maklumat Setempat

PELANCARAN PROGRAM WAQAF FELDA BUKIT PUCHONG

0000000000000abc54

0000000000000abc54

PELANCARAN PROGRAM WAQAF FELDA BUKIT PUCHONG

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri iaitu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan satu inisiatif atau program yang berkaitan dengan Felda iaitu Waqaf Felda.

Artikel berkaitan dengan Waqaf Felda boleh di baca di sini :

KUALA LUMPUR – Felda menyasarkan untuk menguruskan aset bernilai RM500 juta menerusi Waqaf Felda yang baru dilancarkan, menjelang tahun 2030.

Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, buat permulaan, Felda akan menyalurkan dana sebanyak RM10 juta kepada Waqaf Felda.

Menurutnya, sasaran itu mampu dicapai dengan pengurusan yang cekap dan tadbir urus yang baik.

“Waqaf Felda akan dilaksanakan menggunakan konsep wakaf korporat dengan memperuntukkan dana sumbangan pewakaf untuk dilaburkan dalam pelbagai bentuk perniagaan.

“Ekosistem ini berupaya merangsang ekonomi Malaysia dengan penyediaan peluang perniagaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta membuka peluang-peluang pekerjaan, sekali gus mengubah landskap ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Waqaf Felda yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Menara Felda di sini pada Jumaat.

Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/171998/BISNES/Felda-sasar-urus-aset-Waqaf-Felda-RM500-juta

Program Waqaf Felda ini adalah rentetan daripada kejayaan program yang telah di lancarkan oleh pihak Felda sebelum ini iaitu Program Sedekah Dan Infaq RM 300 setiap peneroka.

Oleh itu, seluruh warga penduduk Felda Bukit Puchong di seru untuk mengambil bahagian di dalam program Waqaf Felda ini bagi membantu menaikkan lagi ekonomi umat Islam di seluruh pelusuk Felda.

Bagi yang berminat menyertai program Waqaf Felda ini, bolehlah datang sendiri ke Pejabat Felda Bukit Puchong dan mewaqafkan harta mengikut kemampuan (tiada had atau waqaf serendah RM1 dan ke atas).

GAMBAR

0000000000000abc55

0000000000000abc56

0000000000000abc57