FASA PERKEMBANGAN PEMBINAAN MASJID BAHARU FELDA BUKIT PUCHONG
Ketika di tanya kepada pihak pengurusan Masjid Felda Bukit Puchong tentang perkembangan pembinaan masjid yang sedang di bina, mereka rata-rata meluahkan perasaan sangat berpuashati kerana kepesatan perkembangan pembinaan tersebut yang hampir mencapai 70 peratus siap.
Lebih-lebih lagi apabila pandemik Covid-19 melanda negara kita turut menjejaskan kepesatan pembinaan masjid tersebut di mana hampir tiada kerja-kerja pembinaan di lakukan di tapak masjid akibat dari Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) di seluruh negara.
Di samping itu, faktor-faktor lain seperti masalah untuk mendapatkan bahan binaan atau mentah agak sukar sekali dan di tambah dengan masalah kontraktor yang sukar untuk mendapatkan pekerja asing binaan akibat PKP.
FOTO



ARTIKEL SEBELUMNYA
MASJID BAHARU BAGI PENDUDUK FELDA BUKIT PUCHONG
Setelah hampir 4 tahun penantian seluruh qariah penduduk Felda Bukit Puchong akhirnya kerja-kerja pembinaan masjid baharu telah dimulakan dan seterusnya memberi sinar harapan kepada seluruh warga penduduk yang sebelum ini hanya menggunakan surau bagi mengerjakan ibadat sembahyang.
Masjid dahulu yang di kenali sebagai Masjid Al-Insaniah Felda Bukit Puchong terpaksa di robohkan akibat struktur yang tidak selamat di gunakan kerana pernah terbakar.
Semenjak itu, seluruh qariah penduduk telah menggunakan bangunan sementara yang berhampiran dengan masjid untuk di jadikan surau dan kapasiti surau tersebut hanya boleh memuatkan 100 hingga 150 jemaah dan lebih merumitkan lagi apabila tiba Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.Ramai jemaah atau qariah tidak dapat menunaikan sembahyang raya kerana ruangan surau yang sempit.
Di katakan kos pembinaan masjid baharu ini menelan belanja RM 2.5 juta dengan keluasan masjid yang boleh menampung kapasti seramai 1000 jemaah.Lebih membanggakan lagi, kos pembinaan masjid baharu ini telah di dermakan oleh seorang jutawan anak warga peneroka Felda Bukit Puchong itu sendiri.
Masjid baharu ini akan siap sepenuhnya mengikut jadual iaitu pada bulan Februari 2022 oleh kontraktor yang telah di lantik oleh pihak Majlis Ugama Islam Pahang Daerah Bera.