INFO KEROSAKKAN JAMBATAN KAMPUNG ASLI SUNGAI TUANG
Di maklumkan pada 13 November 2021 bersamaan hari Sabtu yang lalu, telah berlakunya runtuhan kecil jambatan Kampung Asli Sungai Tuang yang menyebabkan laluan utama ini dari Felda Bukit Puchong ke Bandar Triang tidak boleh di lalui oleh semua kenderaan.
Kejadian runtuhan ini adalah kali ke-2 yang berlaku pada tahun ini akibat hujan turun dengan lebatnya dan menyebabkan benteng rizab jalanraya tersebut runtuh.



