
Kampung Felda Bukit Puchong.Sejak 2 bulan yang lepas, akses internet kampung tanpa wayar atau ktw telah di tamatkan perkhidmatannya.Sejak dari itu jugalah ramai penduduk Felda Bukit Puchong tertanya-tanya rasional akan penamatan servis ktw kerana dengan tiadanya akses internet tersebut mereka tidak dapat menggunakan perkhidmatan internet secara percuma lagi.
Setelah berbulan-bulan menanti akhirnya pada tarikh 29 Januari 2016 yang lalu pihak kontraktor yang di lantik oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM) telah memulakan kerja-kerja pemasangan tiang internet Kampung Tanpa Wayar (KTW) yang baharu.

Kampung Felda Bukit Puchong sangat bertuah kerana pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM) bersetuju untuk memasang 1 tiang utama dan 4 tiang sub KTW di sekeliling kawasan penempatan kampung di mana bagi tiang utama lokasinya adalah di PI1M sendiri dan 4 lokasi lain adalah di sekitar penjuru kawasan Felda Bukit Puchong.

Untuk pengetahuan para pembaca sekelian, akses internet bagi versi KTW yang baharu ini tidak seperti versi yang lalu di mana akses internet kali ini adalah lebih laju ,jarak capaian yang lebih jauh dan sistem tapisan halaman web lebih efisien berbanding sebelumnya.

Bagi sesiapa yang ingin atau berminat menggunakan akses internet KTW versi baharu ini di nasihatkan berjumpa dengan para petugas PI1M terlebih dahulu kerana kami sebagai petugas berusaha untuk menerapkan nilai Klik Dengan Bijak kepada pengguna internet bagi mengelakkan pekara yang tidak di ingini berlaku seperti penyalahgunaan internet dalam melayari halaman judi atas talian, pornografi dan lain-lain lagi.