mcmc
Jadual Latihan & Aktiviti

KELAS ASAS KOMPUTER (APLIKASI MEWARNA ATAS TALIAN)

00kelas6

00kelas6

TARIKH : 27 NOVEMBER 2018

MASA : 10.00 – 01.00 PETANG

LOKASI : PUSAT INTERNET FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PROGRAM : KELAS ASAS KOMPUTER (APLIKASI MEWARNA ATAS TALIAN)

TUJUAN    

Sepanjang musim cuti persekolahan, pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas-kelas intensif asas komputer kepada pelajar sekolah rendah dan menengah terutamanya kepada pelajar yang tidak mempunyai asas komputer dan tidak pernah datang ke pusat internet ini.

Selain daripada itu, dapatlah juga Pusat Internet Felda Bukit Puchong menambah jumlah ahli semasa dan menerangkan fungsi utama kewujudan pusat internet ini serta perkhidmatan dan latihan yang di sediakan.

AKTIVITI

Bagi pengguna atau ahli berdaftar yang mengikuti kelas latihan ini buat kali pertama, pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong telah menyediakan beberapa modul latihan yang sesuai untuk mereka seperti penggunaan aplikasi interaktif mewarna atas talian yang terdapat di halaman www.keacoloringbook.com.

Secara tidak langsung adik-adik ini turut di ajar bagaimana hendak melayar halaman internet dan seterusnya menggunakan aplikasi mewarna atas talian tersebut.

FOTO

00kelas4

00kelas5