mcmc
Jadual Latihan & Aktiviti

KELAS ASAS KOMPUTER (APLIKASI PEMPROSESAN PERKATAAN-ASAS MENAIP)

00kelas3

00kelas3

TARIKH : 27 NOVEMBER 2018

MASA : 03.00 – 06.00 PETANG

LOKASI : PUSAT INTERNET FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PROGRAM : KELAS ASAS KOMPUTER (APLIKASI PEMPROSESAN PERKATAAN-ASAS MENAIP)

TUJUAN    

Sempena cuti akhir semester bermula, pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong telah merangka jadual atau takwimnya bagi mengadakan kelas insentif asas komputer yang menyasarkan golongan pelajar sekolah rendah dan menengah yang tiada kemahiran dalam menggunakan aplikasi MS-Word, Excel dan Powerpoint.

Selain daripada itu, kami cuba mengenalpasti pengetahuan para pelajar sekolah ini dalam menggunakan komputer dan internet di mana pihak kami cuba menampung kelemahan penguasaan mereka tersebut.

Seterusnya dapatlah juga Pusat Internet Felda Bukit Puchong menambah jumlah ahli semasa dan menerangkan fungsi utama kewujudan pusat internet ini serta perkhidmatan dan latihan yang di sediakan.

AKTIVITI

Bagi adik Mahya dan Ali, penguasaan internet asas sangatlah bagus kerana mereka telah di dedahkan pada usia yang lebih muda, untuk itu pusat internet telah memilih untuk mengajar modul asas dalam aplikasi Microsoft Office seperti MS-Word untuk mereka kuasai.

Akan datang, pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong bercadang akan menyediakan modul MS Excel dan Powerpoint untuk di ajar kepada para peserta ini.

FOTO

00kelas2

00kelas1