
TARIKH : 20 MEI 2018
MASA : 3.00 – 5.00 PETANG
LOKASI : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA BUKIT PUCHONG
PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH
PROGRAM : KELAS ASAS KOMPUTER DAN INTERNET
TUJUAN
Bagi program kelas asas komputer dan internet kali ini, sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini kami telah memilih untuk membuat atau merekabentuk kad ucapan “Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak”.
AKTIVITI
Bagi mendapatkan sumber grafik tema yang di berikan oleh pihak kami, kebanyakkan para pelajar ini mengambil gambar dari sumber internet.
Seterusnya untuk kerja-kerja edit gambar pula, kami ajar mereka ini dengan mengunakan aplikasi MS-Power Point yang lebih di lihat sangat mesra pengguna.
Walaupun penggunaan aplikasi ini di lihat sangat kekok pada mulanya, tetapi momentum penggunaannya lihat rancak pada sejam kemudian dan hasilnya sangat baik walaupun rata-rata pelajar ini tidak pernah mengikuti kelas asas aplikasi MS-Power Point ini.
FOTO

