mcmc
Galeri

KELAS ICT BAGI GOLONGAN OKU DAN PRA SEKOLAH

oku1

oku1

Sepanjang bulan Februari 2011 kami di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong berasa terharu dan sukacita disebabkan impak dari Sambutan Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah membuka ruang yang besar kepada golongan yang hendak mempelajari bidang ICT terutama dari 2 golongan utama ini iaitu OKU dan adik-adik Pra-Sekolah.

okudanpra1

Secara tidak langsung kami di Pusat Internet 1Malaysia telah memberi peluang yang sama rata kepada 2 golongan ini dalam mempelajari dan mendalami bidang ICT (tidak meminggirkan mereka).

Bagi 2 golongan sasar ini kami telah menyediakan modul pembelajaran yang bertema permainan yang berasaskan pendidikan supaya mereka dapat merasakan bahawa ICT adalah persekitaran interaktif yang mudah dan mesra pengguna.

oku2

okudanpra2

Walaupun agak sedikit janggal dan kekok pada permulaannya memandangkan para peserta bukan dari golongan yang mudah menerima arahan dan panduan dari kami pada permulaan sesi yang berlangsung,tidak sedikit pun mematahkan semangat kami untuk melihat golongan ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka-mereka yang normal dalam mempelajari bidang ICT ini.

okudanpra3

Disini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kami kepada para petugas PDK Felda Bukit Puchong dan TABIKA KEMAS Felda Bukit Puchong dalam membantu kami dalam soal interaksi kami dengan para peserta sepanjang sesi pembelajaran yang berlansung.