TARIKH : 25 SEPTEMBER 2018
MASA : 03.00 – 05.00 PETANG
LOKASI : PUSAT INTERNET FELDA BUKIT PUCHONG
PESERTA : BELIAWANIS
PROGRAM : KELAS KEMAHIRAN MENJAHIT PAKAIAN DEWASA DAN KANAK-KANAK
TUJUAN
Tujuan program ini di adakan adalah untuk menjalin kerjasama atau hubungan dua hala antara pihak Pusat Internet dengan pihak atau badan-badan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bera dalam melatih peserta yang terdiri daripada suri rumah dan pelajar lepasan sekolah dengan kemahiran tertentu agar peserta tersebut dapat menjana pendapatannya sendiri atau keluarga mereka suatu hari nanti.
Bagi sesi kali ini, kursus Jahitan Pakaian Dewasa dan Kanak-kanak di tawarkan dan seorang pegawai yang terlatih dari pihak KEMAS di hantar bagi memimpin program tersebut.
Untuk itu, bagi menjayakan program ini setiap peserta di minta untuk menjelaskan yuran kursus sebanyak Ringgit Malaysia 5 (RM5) sebagai tanda komitmen peserta kepada kursus tersebut.
AKTIVITI
Setiap peserta yang menghadiri program ini, di dedahkan dengan beberapa teknik asas jahitan secara teori dan amali dan keperluan teknik tersebut untuk di gunapakai pada setiap jahitan yang mereka lakukan.
Bagi memudahkan kefahaman peserta kursus jahitan ini, pihak KEMAS turut membekalkan mesin jahitan mudah alih dan peserta berpeluang menggunakan mesin jahit tersebut.
FOTO


