mcmc
Maklumat Setempat

KELAS LATIHAN ICT KEPADA PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN PRA-SEKOLAH

aa4

aa4

Pada 13 Disember 2017 yang lalu, petugas Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah mengadakan kelas latihan ICT kepada para pelajar sekolah rendah dan pra-sekolah.

Ini adalah sebahagian aktiviti yang telah di rancang oleh pihak kami sempena musim cuti semester akhir tahun di mana para pelajar yang berminat untuk mengikuti sebarang program seperti kelas latihan asas ICT hendaklah mendaftar kelas yang ingin mereka ikuti.

aa2

Kelas latihan asas ICT yang kami telah sediakan untuk sesi musim cuti semester akhir tahun ini adalah seperti Kelas Asas Menaip, Membuat Akaun Emel dan Asas Grafik dengan menggunakan halaman www.canva.com untuk membuat kad ucapan dan lain-lain lagi tema kad.

aa3

Penyertaan bagi kelas latihan ini sangatlah memberansangkan terutama bagi adik-adik sekolah pra dan tahun 1 dan 2 kerana rata-rata mereka ni sudah biasa menggunakan internet tetapi tidak pernah di dedahkan dengan beberapa aplikasi computer seperti asas menaip dan aplikasi pembelajaran atas talian seperti menghasilkan kad ucapan.

aa2