
TARIKH : 18 & 20 MEI 2019
MASA : 03.00 – 05.00 PETANG
LOKASI : PUSAT INTERNET FELDA BUKIT PUCHONG
PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH
PROGRAM : KELAS ASAS LATIHAN DAN LITERASI KOMPUTER
TUJUAN
Tujuan program ini di adakan adalah untuk melatih pelajar sekolah rendah ini dengan kemahiran literasi dan asas komputer terutama dalam menggunakan aplikasi komputer serta perkakasan dan internet.
Bagi memudahkan adik-adik ini mencerap ilmu dan maklumat yang penting, pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong telah menyediakan beberapa modul mudah untuk mereka pelajari.
AKTIVITI
Bagi memudahkan peserta mengikuti dan mempelajari asas penggunaan aplikasi komputer serta perkakasan dan internet, setiap langkah dan pratikal mereka akan di bantu secara langsung oleh petugas.
Bermula dengan modul pengenalan asas komputer dan perkakasan dan di akhiri dengan modul pengenalan internet.
Jika terdapat kesulitan daripada peserta untuk menguasai asas-asas tersebut, petugas akan perbetulkan pada masa tersebut dan maka tidak hairanlah mereka mampu menguasai beberapa modul yang telah di ajar dalam masa yang singkat sahaja.
FOTO
