
TARIKH : 22 SEPTEMBER 2019
MASA : 03.00 – 06.00 PETANG
LOKASI : PUSAT INTERNET FELDA BUKIT PUCHONG
PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH
PROGRAM : KELAS LITERASI ICT BERSAMA PELAJAR SEKOLAH RENDAH
TUJUAN
Tujuan kelas literasi komputer ini di adakan adalah untuk memberikan pendedahan penggunaan komputer terutamanya kepada pelajar sekolah rendah bagi memantapkan pelajar ini dengan penggunaan komputer terutama sistem perisian komputer dan perkakasan.
Selain daripada itu, pelajar sekolah ini di siapkan dengan pengetahuan penggunaan perisian Microsoft Power Point untuk mereka menyertai pertandingan rekabentuk grafik di Program Hari Terbuka Pusat Internet Felda Bukit Puchong yang akan berlangsung pada 29 September 2019 akan datang.
AKTIVITI
Kumpulan pelajar sekolah rendah ini di dedahkan kepada penggunaan perisian Microsoft Power Point melalui beberapa sesi latihan yang di adakan secara interaktif.
Selain daripada itu, pihak petugas turut mengajar bagaimana untuk dapatkan gambar dan logo terus dari beberapa halaman sesawang.
Di kesempatan ini juga, pihak petugas pusat internet turut mengadakan promosi Hari Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dan kebetulan hari terbuka tersebut telah jatuh pada cuti hari minggu.
FOTO

