
Permohonan BPR 2021
Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021.
Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.
Pemohon BSH 2020 dan BPN 2.0 yang lulus, TIDAK PERLU mengemas kini permohonan BPR sekiranya tiada sebarang perubahan atau penambahan maklumat.
Permohonan Baharu BPR boleh dilakukan oleh pemohon yang tidak menerima BSH 2020 /BPN 2.0 serta pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah manakala bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah. Rujuk Syarat Permohonan BPR.
Di petik dari halaman web : https://bpr.hasil.gov.my/
Bagi mana-mana permohon terutamanya penduduk Felda Bukit Puchong yang tidak berpeluang untuk mengemaskini Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 bolehlah datang sendiri dan membawa beberapa dokumen penting seperti kad pengenalan, nombor akaun bank dan maklumat anak dalam jagaan ke Pusat Internet Felda Bukit Puchong dan kami boleh membantu anda yang memerlukan pertolongan.
Sedia maklum, Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daerah yang berhampiran adalah di Daerah Temerloh dan di sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana rentas daerah dan negeri tidak di benarkan buat masa sekarang.