
Encik Sulaiman Bin Abas adalah usahawan muda tempatan yang melibatkan diri dalam perniagaan perkhidmatan memperbaiki motosikal sejak tahun 2014 hingga sekarang.
Beliau sangat aktif dalam menyertai sebarang program yang di adakan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong dan yang terakhir penyertaan adalah pada 25 November 2017 iaitu pada Program Bulanan Dashboard Komuniti November 2017.

Di sebabkan minatnya dalam mempromosikan perniagaan yang di usahakan iaitu membaiki motosikal dan berusaha mencari pelanggan dari luar kawasan Felda Bukit Puchong melalui media sosial, kami selaku petugas Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah memberikan pinjaman sebuah unit netbook untuk beliau gunakan bagi mencari dan meluaskan perniagaan yang beliau sedang usahakan tersebut.
Untuk pengetahuan anda semua, Encik Sulaiman Bin Abas telah lama menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong sejak tahun 2010 atau iaitu pada 03 Julai 2010.

Untuk menyediakan Encik Sulaiman dengan asas perniagaan atas talian terutama dalam menggunakan media sosial seperti facebook, pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah memberikan beliau beberapa kelas asas penggunaan internet seperti penggunaan emel, facebook, twitter dan lain-lain lagi dan sehingga kini kami di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong selalu memantau perkembangan beliau.

Terbaharu, Encik Sulaiman menyatakan kepada pihak kami bahawa beliau banyak mendapatkan pelanggan melalui penggunaan aplikasi What Apps dan kami menyatakan bahawa penggunaan aplikasi What Apps itu adalah salah satu dari cabang media sosial dan kami harap ianya berterusan pada masa akan datang.