mcmc
Maklumat Setempat

KISAH KEJAYAAN PROGRAM I-HEALTH DAY BERSAMA TIGA BUAH PI GUGUSAN DAERAH BERA

health3

health3

Sejak emel pemberitahuan dari pihak HQ yang menyatakan program I-Health Day di PI yang terpilih diseluruh Malaysia akan di adakan, kami para petugas PI telah mengambil inisiatif sendiri untuk memantau program tersebut jika PI kami atau PI yang terdekat atau PI dalam gugusan daerah yang sama terpilih kelak.

Malangnya PI Felda Bukit Puchong tidak terpilih untuk program tersebut, ini mungkin kerana operasi PI kami masih dalam status tergantung dek kerana terdapat beberapa pekara teknikal tidak dapat di selesaikan.

health2

Walaubagaimana kami sebagai petugas PI tidak akan berpeluk tubuh tatkala PI berhampiran kami di beri amanah untuk menjayakan program tersebut seperti di PI Taman Jaya Kemanyan yang berlangsung pada 13 Ogos, PI Felda Mayam pada 16 Ogos dan yang terakhir di PI Simpang Pelangai iaitu pada 23 Ogos 2015, kami tetap akan turun membantu untuk menjayakan program I-Health Day.

health1

Tujuan Program I-Health ini diadakan pada tiga buah PI dalam gugusan daerah Bera ini adalah untuk memberi kesedaran kesihatan kepada komuniti setempat. Selain itu, ia bertujuan untuk memperkenalkan kemudahan baru di PI di mana ahli PI boleh menjalankan pemeriksaan kesihatan ( tekanan darah dan berat) yang disediakan di PI.

Pelbagai aktiviti lain turut dijalankan pada hari tersebut seperti membuka booth pameran PI, keusahawanan, klinik kesihatan komuniti bagi tujuan pemeriksaan kesihatan dan lain-lain lagi.Bagi menambah seri program tersebut, kami turut menyediakan aktiviti seperti pertandingan mewarna, menaip pantas, sukaneka, kuiz dan cabutan bertuah kepada golongan kanak-kanak dan orang dewasa.

health6

Bagi program I-Health yang diadakan di Taman Jaya Kemanyan, ia telah dirasmikan oleh YB Dato Mohd Fadil Osman (Adun Kemayan), manakala di PI Felda Mayam, ia telah di rasmikan oleh Ahli Jawatan Kuasa JKKK Felda Mayam dan bagi PI Simpang Pelangai, ia telah di rasmikan olehYang Dipertua Majlis Daerah Bentong iaitu Tuan Mohamad Shahid Bin Ismail.

health5

Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang sudi menjayakan program tersebut seperti pihak JKKK Taman Jaya Kemanyan termasuklah YB Dato Mohd Fadil Osman (Adun Kemayan),Yang Dipertua Majlis Daerah Bentong iaitu Tuan Mohamad Shahid Bin Ismail, Klinik Kesihatan Komuniti,JKKK Felda Mayam dan lain-lain lagi kerana sudi menjayakan program I-Health Day ini.Tidak lupa juga hos PI yang terlibat kerana layanan mesra yang di berikan sepanjang program ini berlangsung.

health4