mcmc
Maklumat Setempat

PERTANDINGAN TEKA SILANGKATA ICT PI FELDA BUKIT PUCHONG

tekasilangkata1

tekasilangkata1

Pada tarikh 1 Disember 2015, bertempat di PI Felda Bukit Puchong telah diadakan satu pertandingan Teka Silangkata ICT khas untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah di sini.

Sebenarnya tujuan peraduan teka silangkata ini di adakan adalah untuk menguji pengetahuan tentang ICT sebahagian besar para pengguna PI yang terdiri daripada para pelajar sekolah rendah dan menengah dan di samping itu pihak PI ingin menarik perhatian para pengguna untuk berkunjung ke PI serta mewar-warkan program latihan yang pihak PI adakan sepanjang musim cuti persekolahan ini.

tekasilangkata2

Soalan teka silangkata ICT yang di buat adalah berdasarkan kepada subjek yang berkisarkan dengan program yang PI Felda Bukit Puchong pernah buat dan beberapa perkakasan komputer dan lain-lain lagi.Seramai 23 orang peserta telah mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut.

Untuk pertandingan teka silangkata yang di adakan buat pertama kali ini, pihak PI telah memilih seramai empat orang pemenang (dua lelaki dan dua perempuan) dari 23 orang yang telah bertanding dan pemenang yang berjaya telah di berikan hadiah istimewa oleh pihak PI.

tekasilangkata3

Berdasarkan sambutan yang di terima, pihak PI banyak menerima cadangan dari pengguna PI yang tidak sempat mengikuti pertandingan sebelum supaya di adakan pertandingan ini lagi pada masa akan datang.