
TARIKH : 8 OGOS 2019
MASA : 08.00 – 12.00 TENGAHARI
LOKASI : SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT MENDI
PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH TAHUN 4 & 5
PROGRAM : PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DAN LITERASI KOMPUTER
TUJUAN
Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi panduan dan latihan kepada para pelajar sekolah rendah tentang etika penggunaan internet secara selamat yang menggunakan media sosial untuk berhubung antara satu sama lain dan mereka-mereka ini menjadi sasaran mudah kepada penjenayah seks atas talian.
Selain daripada itu, para pelajar ini turut di beri latihan dan kemahiran literasi dan asas komputer terutama dalam menggunakan aplikasi komputer serta perkakasan.
AKTIVITI
Sesi interaktif Klik Dengan Bijak telah mengambil tempat di mana adik adik ini di beri maklumat yang berguna seperti pekara yang boleh di lakukan dan pekara yang tidak boleh di lakukan semasa menggunakan internet.
Setelah tamatnya sesi Klik Dengan BIjak, adik-adik ini telah di uji dengan beberapa soalan berkaitan adakah mereka ini masih ingat apa yang telah di sampaikan oleh petugas.
Kemudian adik-adik ini telah di bahagikan dengan 18 kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 dan 5 ahli setiap kumpulan dan mereka ini di kehendaki menjawab beberapa soalan yang berkaitan apa yang telah di sampaikan dan tugasan merekabentuk dan rekaletak logo dan gambar sebagai satu kerja berkumpulan bagi memperlihatkan komitmen ahli kumpulan dalam menyiapkan tugasan yang di berikan.
FOTO




