mcmc
Maklumat Setempat

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1443H/2022M

0000000000000abc79

0000000000000abc79

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1443H/2022M

Program gotong royong memasak bubur lambuk sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1443H/2022M merupakan acara tahunan bagi penduduk atau warga Felda Bukit Puchong.

Kali ini, acara ini telah di sertai oleh agensi atau organisasi pentadbiran Felda Bukit Puchong yang terdiri daripada pihak Pengurusan Felda, Jawatankuasa Kebersihan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Badan Kebajikan dan Khairat Kematian, Gerakan Persatuan Wanita, Majlis Belia Felda dan lain-lain lagi.

Program ini berlangsung seawal pukul 8.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4.30 petang.Di mulakan dari proses penyediaan bahan-bahan mentah masakkan hinggalah kepada proses akhir iaitu pembungkusan.

Seterusnya juadah masakan bubur lambuk ini akan diagihkan keseluruh keluarga yang terdapat di Felda Bukit Puchong tanpa mengira usia.

Kami sebagai petugas Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Felda Bukit Puchong amatlah berbesar hati kerana telah di jemput untuk menyertai program dan aktiviti memasak bubur lambuk ini.

GAMBAR

0000000000000abc81

0000000000000abc82