mcmc
Aktiviti Semasa

PROGRAM HARI TERBUKA DASHBOARD KOMUNITI BULAN OGOS 2017

kpidashboard0

kpidashboard0

Pada 12 haribulan Ogos 2017 yang lalu, bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah berlangsung Program Hari Terbuka Dashboard Komuniti bagi bulan Ogos 2017.

Bagi memeriahkan program tersebut, pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah menggerakkan aktiviti promosi secara besar-besaran di seluruh kawasan perkampungan dan menyelaras semua aktiviti kerjasama dengan badan atau organisasi yang terdapat di sini.

kpidashboard1

Aktiviti bagi Program Hari Terbuka Dashboard Komuniti bagi bulan Ogos 2017 ini di mulakan dengan pendaftaran peserta dan ahli baru dan aktiviti yang pertama mengambil tempat ialah acara Pertandingan Mewarna Secara Online untuk para pelajar TABIKA KEMAS bersama-sama ibubapa masing-masing.Seterusnya acara Pertandingan Puzzle Dashboard bagi para pelajar sekolah rendah, acara Word Search Dashboard bagi para pelajar sekolah menengah dan dewasa, acara Kuiz Kahoot dan Dashboard Run Challenge terbuka.

kpidashboard3

Pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong turut menyediakan tayang slaid berkaitan dengan Program Dasboard Komuniti ini bagi golongan warga emas yang sama-sama menyokong program ini dan pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan tersebut.

Bagi golongan usahawan dan usahawanita pula, pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong turut menyediakan tayang slaid dan tutorial mengenai Myshop dan manfaat yang bakal mereka rebut.

kpidashboard2

Pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ADUN Guai iaitu Yang Berhormat Dato’ Norol Azali Bin Sulaiman yang sanggup singgah sebentar ke Program Hari Terbuka Dashboard Komuniti dan sudi mendengar taklimat berkaitan dengan Dashboard Komuniti ini terutama Program Myshop dan MyHealth.

kpidashboard6

Talimat berkaitan Myshop dan Myhealth telah di sampaikan oleh Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong iaitu Cik Siti Nor Aien.Selain daripada itu, Yang Berhormat Dato’ Norol Azali Bin Sulaiman turut beramah mesra dengan para peserta program sebelum beliau beredar untuk menyambung kembali aktiviti Jelajah Kampung Secara Berbasikal.

kpidashboard4

Jumlah kedatangan pengunjung secara kasar yang di rekod adalah seramai 200 orang (pengunjung atau peserta yang berdaftar ialah seramai 124 orang) dan sebenarnya kami tidaklah menjangkakan kedatangan pengunjung seramai itu kerana bimbang hadiah yang di sediakan tidak mencukupi.

Bagi berlaku adil kepada para pengunjung yang datang, kami telah sediakan sejumlah hadiah yang banyak bagi acara cabutan bertuah dan Alhamdulillah tiada sebarang komen yang negatif selepas penganjuran Program Hari Terbuka Dashboard Komuniti bagi bulan Ogos 2017.