mcmc
Maklumat Komuniti

PROGRAM ILMU DAN MUAFAKAT (PIKAT) 2022 FELDA BUKIT PUCHONG

pikat1

pikat1

PROGRAM ILMU DAN MUAFAKAT (PIKAT) 2022 FELDA BUKIT PUCHONG

Kepada seluruh warga penduduk Felda Bukit Puchong adalah di jemput ke Program Ilmu Dan Muafakat atau PIKAT 2022 yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 23, 24 dan 25 September 2022.

Intipati program yang bakal di laksanakan ini adalah berkaitan dengan perkongsian ilmu dan bimbingan Agama Islam kepada seluruh warga penduduk.

Program yang julungkali di adakan ini adalah program kolobrasi di antara pihak JKKR Felda Bukit Puchong dan Angkatan Tentera Malaysia melalui Kor Agama atau KAGAT Markas Tentera Bera.

Sepanjang 3 hari berlangsung, banyak aktiviti yang pihak KAGAT dan warga penduduk Felda Bukit Puchong seperti Kuliah Agama, Kursus Pengurusan Jenazah, Kursus Imam dan Bilal, Kursus Tahsin Al-Quran dan Program Ziarah Mahabah.

Kemuncak program ini adalah pada hari Sabtu, 24 September 2022, di mana pada malamnya akan di adakan Program Ceramah atau Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang mana panelnya adalah seperti Ustaz Haslin Baharim dan Lt.Kol Haji Mohd Jihadi Bin Haji Ahmad dan di moderatorkan oleh Kapten Norazli Bin Mazlan dengan tajuk “Ilmu Dan Muafakat Membawa Berkat”.

Oleh itu, di kesempatan ini di jemput seluruh warga penduduk Felda Bukit Puchong, Felda Bukit Mendi dan Felda Mengkuang dating beramai-ramai ke majlis tersebut.

GAMBAR

pikat2

pikat3