mcmc
Maklumat Setempat

PROGRAM JEJAK USAHAWAN TEMPATAN-MYSHOP

myshop1

myshop1

Pada 11 haribulan Ogos yang lalu, bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah berlangsung satu program khas yang dirangka untuk para usahawan-usahawan setempat bagi melonjakkan perniagaan yang di usahakan ke satu tahap yang boleh di banggakan iaitu di kenali sebagai Program Jejak Usahawan-Myshop.

Sebenarnya program yang di laksanakan ini adalah sebahagian intipati kepada Program Hari Terbuka Dashboard Komuniti yang berlangsung pada keesokkan harinya atau pada 12 haribulan Ogos tetapi di sebabkan oleh masalah teknikal berkaitan internet maka program ini telah di anjak dan di adakan sedikit awal bagi memudahkan pihak petugas menggunakan platform media sosial dan berkomunikasi secara langsung dengan usahawan-usahawan yang telah di jemput untuk menghadiri program ini.

Bagi program julung-julung kalinya pihak kami telah mendapat sebanyak 6 penyertaan iaitu mereka-mereka yang terdiri daripada usahawan tempatan yang sangat aktif berniaga.

Sebelum kami memulakan Program Jejak Usahawan-Myshop ini kepada para peserta yang hadir, kami telah menerangkan serba sedikit tentang Program Dashboard Komuniti dan Aplikasi Dashboard Komuniti dan inilah adalah bertujuan memberi sedikit gambaran tentang Program Myshop dan manfaat yang boleh di dapati darinya.

Modul kedua pula yang pihak kami ajar adalah tentang teknik DIY (Do It Yourself) fotografi produk secara professional.Semasa sesi ini berlangsung di dapati ramai peserta agak kagum dengan teknik yang di gunakan dan di ajar kepada mereka kerana kualiti gambar produk yang di hasilkan adalah setanding dengan penggunaan studio yang mahal dan peserta tidak melepaskan peluang mencuba kaedah DIY yang di ajar tersebut.

myshop2

myshop3

Di akhir program, slot aplikasi Myshop mengambil tempat dan di kesempatan ini kami menerangkan serba ringkas manfaat aplikasi Myshop kepada para peserta terutama bagaimana peserta yang terdiri daripada usahawan ini dapat mempelbagaikan jaringan perniagaan mereka terutama menggunakan platform jalurlebar dan mereka boleh gunakan perkhidmatan atau mengakses perkhidmatan Myshop ini secara percuma dan boleh menggunakan telefon bimbit sahaja.

myshop4