mcmc
Galeri

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK 2014 DAN PROGRAM SEHARI BERSAMA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA DAERAH BERA

kdb20149

kdb20149

Isnin, 29 September 2014, Perkarangan Pusat Internet 1Malaysia Taman Jaya Kemanyan.Di sini, telah berlangsungnya Program Klik Dengan Bijak 2014 dan Sehari Bersama Pusat Internet 1Malaysia Daerah Bera.Program ini sebenarnya telah di rancang beberapa bulan yang lepas oleh gabungan petugas beberapa buah Pusat Internet 1Malaysia Daerah Bera seperti Felda Mayam, Durian Tawar, Felda Bukit Puchong dan Taman Jaya Kemanyan dan akhirnya pada tarikh 29 September 2014, ia telah di laksanakan dengan jayanya.

kdb20141

kdb20143

Walaupun aktiviti pelaksanaan Program Klik Dengan Bijak 2014 dan Pertandingan Merekebentuk Buku Skrap Multimedia KDB 2014 adalah tunjang utama kepada program ini, kami (gabungan petugas beberapa buah Pusat Internet 1Malaysia Daerah Bera) semua sepakat untuk menyelitkan program mesra bersama penduduk setempat bagi merapatkan hubungan siratul-rahim antara petugas Pusat Internet 1Malaysia dengan komuniti setempat.

kdb201410

Aktiviti-aktiviti yang pihak Pusat Internet 1Malaysia sediakan pada hari tersebut untuk pengunjung adalah seperti ruang pameran agensi seperti Klinik Kesihatan bagi tujuan pemeriksaan kesihatan dan informasi dan pameran koleksi buku-buku oleh pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera.Selain daripada itu, aktiviti yang berkisarkan ICT turut di sediakan bagi memeriahkan majlis tersebut seperti kuiz ICT, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah.

kdb20148

Program Klik Dengan Bijak 2014 dan Sehari Bersama Pusat Internet 1Malaysia Daerah Bera ini telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Dato Mohd Fadil Bin Osman atau Ahli Dewan Undangan Negeri bahagian Kemanyan.Bagi memeriahkan majlis tersebut, beliau turut di temani oleh Encik Mahasan Bin Ali (Ketua Kampung Dato Sri Hamzah,Kemayan), Encik Mohamad Bin Mat Saman (Ketua Balai Kemayan) dan beberapa tetamu lain.

Sebenarnya, tanpa penglibatan penuh dan sokongan kewangan daripada Yang Berhormat Dato Mohd Fadil Bin Osman atau Ahli Dewan Undangan Negeri bahagian Kemanyan ini, sudah tentu program ini tidak dapat di jalankan dan di kesempatan ini, kami petugas Pusat Internet 1Malaysia Daerah Bera (gabungan petugas beberapa buah Pusat Internet 1Malaysia Daerah Bera seperti Felda Mayam, Durian Tawar, Felda Bukit Puchong dan Taman Jaya Kemanyan) ingin merakamkan ucapan ribuan terima kepada beliau kerana sudi membantu dan menghadirkan diri ke program yang telah pihak Pusat Internet 1Malaysia Daerah Bera adakan.

Di akhir program, kami telah menjemput Yang Berhormat Dato Mohd Fadil Bin Osman bagi memberikan hadiah kepada peserta yang telah menang dalam pertandingan yang telah di sediakan oleh pihak Pusat Internet 1Malaysia dan di akhir majlis kami telah meraikan semua tetamu yang hadir dengan jamuan minum petang sebelum bersurai.

kdb20144

kdb20146

kdb20145