mcmc
Jadual Latihan & Aktiviti

PROGRAM LITERASI ICT SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN KERAYONG JAYA

007

TARIKH : 19 OKTOBER 2018

MASA : 08.00 – 01.00 PETANG

LOKASI : SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN KERAYONG JAYA

PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PROGRAM : PROGRAM LITERASI ICT SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN KERAYONG JAYA

TUJUAN                           

Tujuan program ini di adakan adalah untuk menerangkan intipati Program Klik Dengan Bijak kepada para pelajar sekolah rendah supaya mereka ini di dedahkan dan di bekalkan dengan ilmu serta adab-adab dan tertib apabila menggunakan internet.

Tidak lupa juga, Pusat Internet mengambil peluang keemasan ini untuk mempromosikan Pusat Internet Daerah Bera ini sebagai hub ICT di mana peluang untuk mempelajari ilmu ICT di berikan secara percuma.

AKTIVITI

Taklimat ringkas berkenaan fungsi Pusat Internet yang terdapat di daerah Bera dan perkhidmatan dan program yang di sediakan atau yang terdapat di Pusat Internet.

Taklimat berkaitan program utama iaitu Klik Dengan Bijak bagi mendidik adik-adik ini dalam menggunakan internet.

Tidak lupa juga penerangan tentang apa yang di katakan dengan istilah dan maksud surat berantai.

Seterusnya bagi memeriahkan program yang di jalankan, kuiz berkaitan ICT telah mengambil tempat.

Di ikuti dengan pertandingan rekabentuk poster kreatif dengan mengambil tema Klik Dengan Bijak secara berkumpulan.

Di akhir sesi, pemenang bagi pertandingan kuiz ICT dan rekabentuk Poster Kreatif akan menerima hadiah dari Pusat Internet dan tidak lupa cenderahati untuk Guru Besar dan guru-guru yang menyokong secara langsung program yang di adakan ini.

FOTO

007

005

006

008