
Pada tarikh 9 Julai 2015 seperti yang telah di jadualkan sebelum ini, pihak PI Felda Bukit Puchong telah menerima sebanyak 120 unit netbook dari pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia atau SKMM.

Tujuan program penyerahan dan pengagihan 120 unit netbook ini adalah kerana pihak PI Felda Bukit Puchong telah di beri satu amanah dari pihak SKMM supaya unit netbook yang di terima ini di gunakan secara pinjaman oleh para pengguna PI yang setia sahaja.
Hingga ke saat ini, unit netbook tersebut masih tidak dapat di pinjamkan kepada para pengguna kerana para petugas PI Felda Bukit Puchong sedang bertungkus lumus dalam melakukan proses instalasi aplikasi Windows 7 dan Microsoft Office 2010 kepada 120 unit netbook tersebut.

Selain daripada itu, pihak PI Felda Bukit Puchong tidak mendapat arahan pekeliling atau Standard Operation Procedure (SOP) bagi melaksanakan program pinjaman netbook tersebut.
Kami sebagai petugas PI tidak berani mewar-warkan program tersebut dan berharap para pengguna sentiasa mengemaskini status pinjaman netbook itu kelak.
