mcmc
Maklumat Komuniti

PROGRAM PERTANDINGAN POSTER KREATIF DAKWAH DIGITAL KLIK DENGAN BIJAK

post posterA4-edit

 post posterA4-edit

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.

Pelaksanaan program ini sudah berada di Fasa Pertama yang mana ianya berlangsung dari 1 September – 30 November 2016 serentak di seluruh Malaysia.

Program ini turut mendapat kerjasama dari komuniti pereka grafik terbesar di Malaysia “Grafik Malaya” (GM).

Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dilayari di pautan berikut: http://www.dakwahdigitalkdb.my

Pihak MCMC juga menggalakkan penyertaan dari pengguna dan ahli PI1M dalam pertandingan ini bagi mencungkil bakat dan menzahirkan kreativiti mereka.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini, bolehlah melayari halaman web ini untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut lagi.

Atau klik pada pautan fail .pdf ini (terma dan syarat) bagi proses muatturun terma dan syarat penyertaan.

                                                                 

p/s Bagi memudahcara semua peserta yang ingin mengambil bahagian di dalam Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak kami sebagai Pengurus/Penolong Pengurus PI1M Felda Bukit Puchong (Cik Siti Nor Aien/Encik Hamdan) akan memainkan peranan untuk memberi tunjuk ajar dan membimbing peserta yang ingin menyertai pertandingan ini.