mcmc
Maklumat Setempat

PROSES TANAMAN SEMULA POKOK KELAPA SAWIT FELDA BUKIT PUCHONG

0000000000000abc18

PROSES TANAMAN SEMULA POKOK KELAPA SAWIT FELDA BUKIT PUCHONG

0000000000000abc18

0000000000000abc18

Setelah hampir 3 tahun kemelut berkaitan tanaman semula pokok kelapa sawit di Felda Bukit Puchong akhir pada awal bulan Oktober 2021, penebangan pokok kelapa sawit pun bermula.

Penebangan pokok kelapa sawit ini di bahagikan kepada beberapa peringkat sehingga tahun 2023, bermula dengan peringkat 1 sehinggalah ke peringkat 3 dan ini adalah penebangan pokok atau penanaman semula kali kedua dan kali pertamanya adalah sekitar tahun 2000 yang lalu.

Seramai 100 lebih peneroka yang terlibat dalam proses ini dan di maklumkan bantuan sara hidup mula akan di agihkan seawal Januari 2022 kepada peneroka yang terlibat.

Bagi penduduk generasi 3, ini merupakan peristiwa yang jarang berlaku kerana selang fasa penanaman dan penebangan pokok kelapa sawit hanya berlaku setiap 20 hingga 25 tahun sekali iaitu tempoh hidup atau produktif pokok kelapa sawit.

Selepas fasa penebangan pokok kelapa sawit ini selesai, fasa seterusnya ialah fasa tanaman pokok serta pemagaran kawasan ladang.Oleh itu, setiap peternak lembu atau kambing di kehendaki mengeluarkan ternakan mereka dalam kawasan ladang dan jika penternakan gagal mematuhi arahan tersebut, mereka boleh di kenakan tindakan undang-undang.

FOTO

0000000000000abc19

0000000000000abc180000000000000abc20