
PUNCAK FELDA BUKIT PUCHONG MENJADI TEMPAT RIADAH DAN REKREASI TERBAHARU PENDUDUK
Sejak memasuki fasa penebangan dan penanaman semula kelapa sawit peringkat 1 khususnya, puncak bukit ini telah menjadi satu tempat tarikan penduduk untuk melakukan aktiviti rekreasi dan riadah bagi penduduk Felda Bukit Puchong.
Ketinggian bukit yang berada di bahagian timur Felda Bukit Puchong ini menjangkau ketinggian 102 meter dari aras laut menyajikan pemandangan dan panorama yang indah terutamanya di awal pagi dan lewat petang.
Oleh itu, pihak Pengurusan Pejabat Felda Bukit Puchong telah mengambil inisiatif bagi membolehkan kawasan bukit ini di jadikan salah satu tempat riadah dan rekreasi bagi penduduk setempat yang gemarkan aktiviti naik ke puncak bukit dengan membina menara tinjau.
Kepada warga Felda Bukit Puchong yang ingin melakukan aktiviti naik bukit anda di nasihatkan untuk tidak membuang sampah di merata-rata tempat bagi menjaga kebersihan kawasan ini.
GAMBAR


(Gambar dari facebook Pejabat Felda Bukit Puchong)