mcmc
Jadual Latihan & Aktiviti

SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI RUMAH @PUSAT INTERNET KOMUNITI FELDA BUKIT PUCHONG 2021

000000000000abc31

SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI RUMAH @PUSAT INTERNET KOMUNITI FELDA BUKIT PUCHONG 2021

Sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah atau PdPR 2.0 telah bermula sejak pada 16 Mei 2021 atau selepas cuti perayaan Aidil Fitri dan dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa di sebabkan penularan penyakit Covid-19 banyak aktiviti terpaksa di hentikan buat sementara waktu kerana wujudnya kluster jangkitan dari sekolah yang menyebabkan banyak sekolah-sekolah telah di tutup.

Negeri Pahang turut terkena tempiasnya terutama di Daerah Bera dan untuk itu Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Puchong telah mengambil inisiatif menawarkan perkhidmatan kelas tuisyen atas talian dengan menggunakan platform aplikasi Zoom dan Google Meeting kepada para pelajar yang terjejas akibat pandemik tersebut.

Kaedah pembelajaran E-Tuisyen ini di lihat sangat efektif pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana petugas dapat menyelaraskan SOP keselamatan penjarakan sosial peserta atau pelajar pada satu-satu masa di mana jumlahnya tidaklah terlalu ramai dan sesak.

FOTO

000000000000abc31

 

000000000000abc30