
Sedikit pengenalan mengenai Projek DTT atau Televisyen Terestrial Digital. Ianya adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek DTT atau Televisyen Terestrial Digital merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan penyiaran TV dan radio secara digital yang mana dahulunya komponen dan medium siaran ini menggunakan gelombang pancaran dan menyebabkan kualiti siaran tidak bermutu . Dengan pembaharuan siaran digital ini dapat pihak Kerajaan menyediakan dan memberikan semua siaran yang sedia ada kelihatan lebih jelas dan bermutu tinggi tanpa di kenakan sebarang bayaran atau caj bulanan.

Bagi pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong, kami amatlah mengalu-alukan sebarang pertanyaan untuk mendapatkan pakej siaran digital percuma ini daripada masyarakat setempat khususnya penduduk Felda Bukit Puchong.Kami turut menyediakan perkhidmatan konsultansi berkaitan dengan pekara tersebut.

Kami turut mengemaskini maklumat terkini seperti tamatnya siaran analog atau gelombang yang di buat secara berperingkat mengikut wilayah.Sebagai contoh, khususnya daerah Bera yang terletak di lingkungan Wilayah Pantai Timur tidak di maklumkan lagi tetapi beberapa wilayah terawal seperti bahagian Utara telah bermula pada 21 Julai 2019, manakala Wilayah Tengah dan Selatan telah tamat pada 19 Ogos 2019.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat terkini tarikh tamatnya siaran analog atau ingin dapatkan siaran digital percuma ini, bolehlah menghubungi pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong atau pihak MyFreeview Tv.