mcmc
Kemudahan Awam

STATUS PEMBINAAN JAMBATAN KAMPUNG ASLI SUNGAI TUANG

jambatanasli3

jambatanasli3

STATUS PEMBINAAN JAMBATAN KAMPUNG ASLI SUNGAI TUANG

Bermula awal bulan September 2022 yang lalu, jambatan Kampung Asli Sungai Tuang yang menghubungkan Felda Bukit Puchong dengan Bandar Triang telah di buka kepada semua jenis kenderaan (tidak termasuk kenderaan berat) untuk di lalui.

Sebelum ini, jambatan tersebut telah rosak akibat fenomena banjir besar pada tahun 2020 yang lalu seterusnya banjir tersebut telah merosakkan struktur jambatan yang di perbuat dari struktur besi.

Dengan siapnya pembinaan jambatan ini, ianya telah memberi banyak manfaat kepada pengguna jalanraya dari Felda Bukit Puchong terutamanya kepada pekerja sektor awam dan swasta yang bekerja di Bandar Triang dan Kerayong.

Kelebihan penggunaan jalanraya yang menghubungkan Felda Bukit Puchong ke Bandar Triang melalui Kampung Asli Sungai Tuang ini adalah, dapat menjimatkan masa perjalanan sehingga 15 minit serta bebas dari kenderaan berat seperti lori batu yang banyak di jalan luar.

GAMBAR

jambatanasli1

jambatanasli2