
Berita baik kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bakal mengambil dan menduduki peperiksaan SPM dan STPM 2021 bolehlah merujuk atau bertanya sebarang maklumat di Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Bukit Puchong.
SYARIKAT TELEKOMUNIKASI SEDIA INSENTIF UNTUK CALON SPM DAN STPM 2021
Oleh Nor Haidya Syafira Amir – Disember 19, 2020 @ 11:10am
bhnews@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi negara menawarkan inisiatif pelaksanaan Pakej Data Khas kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mulai 6 Januari depan sehingga berakhirnya peperiksaan terbabit.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, lima syarikat telekomunikasi terbabit ialah Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia (TM) yang akan menawarkan kemudahan pas data prabayar pada harga RM20 untuk 15GB bagi tempoh 30 hari.
“Program Learning From Home (LFH) oleh syarikat YTL turut dilanjutkan sehingga berakhirnya peperiksaan SPM dan STPM.
“Di bawah LFH, pakej percuma dan kad SIM turut ditawarkan kepada pelajar di seluruh negara. Pelajar daripada golongan B40 boleh memohon untuk mendapatkan telefon bimbit secara percuma,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Disyorkan Untuk Anda
Pelan Induk Kesalinghubungan Pulau Pinang diperkenal
4 syarikat kekal kadar tambah nilai prabayar sebelum GST
Data percuma 1GB hingga PKP berakhir
4 telco selesai isu liputan internet Kampung Kongsi 14
Selain itu, lima syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, TM dan YTL akan melanjutkan kelas dalam talian percuma mereka.
SKMM berkata, waktu operasi Pusat Internet Komuniti (PIK) turut dilanjutkan daripada 9 pagi hingga 9 malam bagi memberikan peluang kepada calon SPM dan STPM serta B40 untuk memanfaatkan kemudahan terbabit untuk sesi pembelajaran dan urusan seharian mereka.
“Di bawah inisiatif ini, Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, TM dan TIME turut melaksanakan pemberian capaian wifi percuma di kawasan umum di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara sehingga akhir April ini,” kata kenyataan itu.
Untuk itu, SKMM berharap calon SPM, STPM dan B40 dapat memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan ini.
“SKMM ingin merakamkan penghargaan kepada syarikat telekomunikasi yang menyediakan kemudahan ini bagi membolehkan golongan terbabit dapat menikmati kemudahan internet,” katanya.
Berita di ambil dari :
Atau notis dari Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia :

